Friday 29 January 2016

Talam Kentang Inti Daging


Resepi talam kentang daging
**********************
Bahan2 A
***********
2 cwn tepung gandum
1 sudu besar tepung beras
1 sudu besar tepung ubi
1 biji telur
2 cwn santan
3 cwn air
Garam secukup rasa
Pewarna kuning
Kentang dlm 4 biji potong dadu direbus dgn garam hingga empuk..
Gaul semua bahan2 jadi kan satu ketepikan

Bahan2 B
************
250 gm daging kisar kalau letak lebih pun boleh
2 biji bwg besar dipotong dadu
3 ulas bwg puteh dicincang2
4 sudu kari daging
Daun kari
Garam
Gula sedikit
Serbuk perasa

Tumis semua bahan kecuali daging..
Sudah garing masukkan daging kisar tadi masak hingga kering sedikit dan toskan untuk buang minyaknya..bila dah tos kukus kan tepung bahan2 A tadi separuh bila dh masak baru letakkan inti daging tadi atas lapisan kemudian tuangkan habis baki separuh tepung tadi..kukus semula hingga masak..bila dh masak sejukkn potong2 taburkan bahan2 C..

Bahan2 C utk hiasan atas talam
***************************
Daun bawang
Daun sup
Cili hijau
Cili merah
Racik semua bahan2 diatas
Bawang goreng
Kemudian taburkan diatas kueh talam tadi bila dah masak dan sejuk...

Selamat mencuba ya...




Murtabak Cream Crackers Cheese

Assalammualaikum harini kak ida teringat nak makan murtabak cream crackers yg masa zaman2 ada dara selalu buat ni..aruah mak pun suka makan..simple dan sedapp..resepi ni akak ingat lagi mak Ena dr spore yg bg....masa anak dara lg akak.mmg suka masak memasak macam2 resepi akak cuba dan buat pastu jd pulak tu..tu yg mak sayang kak ida sgt2 tu..sbb terlebih rajin hehehe..disini akak bg resepi yg mudah cepat dan simple..


Resepi Murtabak Cream Cheese
****************
Bahan2 A
**********
1 peket biskut lemak cream crackers
1 cwn susu cair
1 cwn santan

Cara2
*******
Masak susu dan santan atas api sekejap kemudian celup2kan biskut pastu susun diatas loyang dh penuh loyang letak inti daging tadi atas biskut selapis demi selapis kemudian akhir sekali letakkn cheese kemudian bakar hingga masak

Inti daging atau ayam
***********************
500 gm daging kisar
6 biji kentang dipotpng dadu
Daun sup dihiris
Daun bwg dihiris
Cili merah dan hijau dihiris
4 biji bwg besar dipotong dadu
4 ulas bwg puteh di cincang halus
Halia sedikit dicincang
Rempah kari daging 6 sudu
1 sudu kecil lada hitam
Garam
Gula
Serbuk perasa Daun kari
Tumis bwg2 tadi kemudian masukkn kari kentang dan daging masak hingga kering sikit..dh masak gaulkn daun sup daun bwg cili merah hijau dan pecahkan telur 8 biji ..kemudian letakkn daging tu atas biskut selapis demi selapis..selang seli biskut kemudian inti..akhir sekali mesti biskut..







Tuesday 26 January 2016

Oyster Mee Suah


Assalammualaikum sahabat2 kak ida semua..dah lama tak update blog..harini kak ida nak bagi resepi Oyster Mee Suah cara kak ida lah..kak ida mmg suka makan mee ni bila pergi Jusco iaitu makanan Taiwan..tapi bila makan di situ siap ada oyster nya@ tiram...oyster tu tak penting sgt yg penting kuahnya tu mesti sedap dan terbaikk...hehehe..harini anak2 tak meniaga semua dok berehat..apa lagi masa ni lah akak rajin nak masak..akak try2 lah buat jadilah kata anak2 pastu siap kata sedap lagi..hehehe..tq anak2 mak..
Ok lah panjang lak citer2 kak ida ni kan..ni kak ida bg resepi ok.cuba lah k..



Resepi Oyster Mee Suah
***********************
Bahan A untuk kuah
***********
Bawang besar
Bawang puteh
Halia sedikit
Serbuk ketumbar sedikit
Serbuk Lada hitam
Kiub ayam
Kicap mee 
Kicap cair
Minyak bijan
Sos tiram
Daun ketumbar dihiris halus
Tepung jagung
Garam 
Gula

Bahan  B
*********
Ayam direbus bersama garam dan lada puteh sedikit ..bila ayam sudah masak angkat sejukkan carik2kan isi ayam halus2 ketepikan
Air rebusan ayam boleh dimasukkan di bahan2 A

Cara2 membuat kuah tumis bawang besar halia dan bawang puteh yg telah dikisar halus hingga naik bau kemudian masukkan air rebusan ayam dan semua bahan2 A kecuali tepung jagung untuk memekatkan kuah..masak sehingga mendidih dan pekat.Rasa kuah mesti ada manis sedikit dan masin kalau nak letak telur goyang pun boleh dlm kuah ..
*********
Mee suah dicelur selama 1 minit
Curahkan kuah atas mee suah kemudian letakkan carikkan ayam tadi diatas mee dan daun ketumbar utk hiasan dan sambal tumisnya

Sambal tumis
**********
Cili boh
Bawang besar
Bawang puteh
Ditumis semua bahan2  kemudian letak garam dan gula..masak macam sambal tumis.. 
Ok selamat memasak sahabat2 semua..

*********************